PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bermula langkah kanan dalam kempen sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pemain dari Sri Lanka, Viren Nettasinghe di Porte de La Chapelle Arena.
Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia tidak berdepan masalah untuk menang straight set 21-14, 21-12 ke atas Nettasinghe dalam aksi Kumpulan G.
Iklan
Iklan
Selepas ini, Zii Jia dijadualkan bertemu pemain dari Sepanyol Pablo Abian dalam aksi terakhir kumpulan pada Rabu.
Berdasarkan format, hanya juara kumpulan mara ke pusingan 16 terakhir bagi acara perseorangan.
Ia sekali gus menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya mara ke suku akhir selepas turut cemerlang menumpaskan pasangan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-16, 21-11 pada aksi pembukaan pada Sabtu.
Beregu di ranking keempat dunia itu dijadualkan menentang gandingan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi terakhir untuk menentukan juara kumpulan.
Untuk acara beregu, juara dan naib juara kumpulan akan mara ke suku akhir.