Kemalangan maut: Pemandu treler direman empat hari

Iklan
Laporan Sinar Harian.

TEMERLOH - Pemandu treler berusia 63 tahun yang terbabit dalam kemalangan di KM 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini pada Sabtu direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif dadah.

"Seorang penumpang iaitu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berada dalam kritikal selepas mengalami kecederaan di otak, patah paha, bahu serta tulang rusuk kanan dan akan dihantar ke Hospital Mount Elizabeth Singapura kira-kira jam 8 malam ini (Ahad)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ujar beliau, dua lagi penumpang Toyota Hilux iaitu lelaki tempatan berusia 69 tahun dan 65 tahun berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di HoSHAS.

Pada Sabtu, dua maut manakala tiga lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan treler.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, mangsa iaitu pemandu Toyota Hilux seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan penumpang, seorang warga China iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.