Rezeki terpijak menang motosikal

Iklan
Azwan berjaya meneka jumlah kacang ketika acara ‘Kacang Lupakan Kulit’ di reruai Sinar Harian.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki tidak menyangka memenangi hadiah utama Pertandingan Teka Kacang Jangan Lupakan Kulit iaitu motosikal jenama WMoto F15 daripada Sinar Harian sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Pengarah agensi pelancongan, Azwan Safuan Zam, 35, berkata, dia tidak menyangka membawa pulang motosikal itu meskipun baharu sahaja mengunjungi karnival pada hari terakhir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia merupakan rezeki terpijak selepas disuruh isteri untuk meneka jumlah kacang di reruai Sinar Harian.

"Memang tak jangka sebab saya pun datang sini suka-suka sahaja, rezekilah ALLAH SWT beri jadi saya terima seadanya.

Iklan

"Saya teka jumlah kacang dan Alhamdulillah betul iaitu sebanyak 11,700 butir kacang.

"Itu pun selepas diajak oleh isteri saya, jadi saya pun ikut sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup Karnival Rakyat Karangkraf 2024 di sini pada Ahad.

Iklan
Azwan (tengah) pemenang yang membawa televisyen pintar berukuran 55 inci.

Pemenang yang membawa pulang televisyen pintar berukuran 55 inci pula diberikan kepada Harraz Rashdan dan Julifarhana Jaafar.

Selain itu, tiga pemenang lain masing-masing menerima telefon pintar iaitu Silvia, Mohamad Shafiq dan Suhaimi Samsudin.

Azwan Safuan turut berkata, inisiatif Karangkraf menganjurkan karnival bertemakan tradisional dan rakyat sememangnya usaha yang baik dalam mengangkat tradisi masyarakat di negara ini.

"Karnival berjaya, ramai pengunjung datang dan memang patut diadakan lagi pada masa depan,” kata lelaki berasal dari Petaling Jaya itu.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli mengucapkan tahniah kepada para pemenang peraduan Teka Kacang Jangan Lupakan Kulit.

Katanya, pemenang diadili menerusi jawapan tekaan jumlah kacang dalam balang yang diletakkan di reruai Sinar Harian.

Pemenang meneka jumlah kacang ketika acara ‘Kacang Lupakan Kulit’ di reruai Sinar Harian.

"Terdapat pelbagai jawapan yang telah diberikan pengunjung yang menyertai peraduan ini.

"Jumlah kacang dalam balang tersebut ialah 11,757 dan pemenang pertama memberi jawapan paling tepat iaitu 11,700," katanya.

Zamri berkata, Sinar Harian mengucapkan terima kasih kepada pengunjung Karnival Rakyat Karangkraf yang menyertai peraduan ini dan berharap pertandingan sama boleh dianjurkan lagi pada masa depan.