Karnival Rakyat Karangkraf tarik 100,000 pengunjung

Iklan
Farah (tengah) dan Zamri bergambar bersama petugas Karnival Rakyat Karangkraf yang menutup tirainya pada Ahad.

SHAH ALAM - Penganjuran Karnival Rakyat Karangkraf 2024 berjaya menarik kedatangan 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Kumpulan Karangkraf di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, karnival yang bermula pada Jumaat itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat usia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penganjuran program itu juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pembaca yang selama ini menyokong dan mendukung akhbar Sinar Harian yang telah 18 tahun berada di pasaran.

"Dalam tempoh 18 tahun perjalanan Sinar Harian setakat ini, kami melalui pelbagai jatuh bangun yang telah mematangkan kami.

Iklan

"Sinar Harian kini telah berkembang dan bertransformasi seiring dengan peredaran masa, perkembangan teknologi dan tuntutan rakyat Malaysia.

"Karnival Rakyat Karangkraf ini dianjurkan atas tanda terima kasih kami kepada anda semua yang telah menyokong dan sentiasa mendukung Sinar Harian selama ini. Karnival ini adalah untuk kita semua," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Rakyat Karangkraf di sini pada Ahad.

Iklan

Mengulas mengenai antara objektif utama penganjuran karnival kali ini, beliau berkata ia diadakan bagi membolehkan semua pihak berkongsi kepelbagaian seni dan kebudayaan di Malaysia dengan generasi baru sekarang dan yang akan datang.

Ini kerana katanya, amat penting untuk memupuk keseimbangan dalam mengharungi dunia digital dan teknologi masa kini dengan adat dan budaya demi mengekalkan identiti sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik, penaja, pempamer dan agensi-agensi berkenaan yang telah bersama di spenjang karnival ini.

"Sokongan padu anda semua tidak berdaya kami balas secukupnya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua tenaga kerja Karnival Rakyat Karangkraf terlibat yang telah bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh demi memastikan penganjuran acara ini dapat diadakan dengan penuh jayanya. Dedikasi anda amat luar biasa dan saya amat hargai.

"Saya mewakili warga kerja Sinar Harian dan seluruh Kumpulan Karangraf ingin mengucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada anda semua para pengunjung yang memberi sokongan padu di sepanjang karnival ini," katanya.

Ujarnya, melalui karnival ini diharap akan dapat menjadi jambatan penghubung yang berterusan di antara Sinar Harian, pihak-pihak terlibat dan masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

"Semoga Sinar Harian akan kekal menjadi platform pemerkasa suara Malaysia yang tulus dan telus," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dengan penganjuran karnival yang menyaksikan sambutan luar biasa ini.

Ujarnya, kejayaan penganjuran karnival ini hasil sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya kakitangan Kumpulan Karangkraf.

"Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kakitangan Kumpulan Karangkraf, pempamer, klien, rakan strtaegik, pengunjung dan semua yang terlibat dalam karnival yang berlangsung selama tiga hari ini," katanya.