Kotak syiling berusia 200 tahun koleksi berharga bekas tentera

Iklan
Mario menunjukkan kotak simpanan wang yang dianggarkan mencecah usia 200 tahun.

SUNGAI PETANI - Disebabkan terlalu meminati dan mula mengumpul barangan antik sejak berusia lapan tahun, seorang bekas tentera memiliki ribuan item lama yang disimpan di rumahnya dekat Flat Paya Nahu, di sini.

Edwin Mario Christie Netto, 42, berkata, antara koleksi paling berusia dalam simpanannya ialah kotak simpanan syiling dan wang kertas yang dianggarkan mencecah usia 200 tahun.

Iklan
Iklan
Mario menunjukkan peti besi yang digunakan tentera untuk simpanan peluru sekitar tahun 60-an.

Beliau yang mesra disapa Mario berkata, kotak simpanan wang tersebut telah dibeli daripada seorang pekedai di Melaka kira-kira 10 tahun lalu.

"Ia dihasilkan sepenuhnya menggunakan tembaga, sekarang susah nak dapat kotak macam ini, di bahagian atas ada ruang simpan syiling, bila angkat yang atas, tersembunyi ruang simpan wang kertas di bahagian bawah," ujarnya.

Iklan
Bau (kanan) melihat barangan antik yang disusun di halaman rumah Mario.

Turut memenuhi ruang tamu dan halaman rumah termasuk basikal lama, kayu lapik landasan kereta api, batu lesung buatan tangan, pinggan mangkuk, peti besi, tembikar, televisyen, seterika, balang kaca, potret gambar dan surat lama yang berada dalam simpanan.

"Setakat ini tiada bayaran dikenakan, saya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang meminati barangan antik untuk datang dan melihat secara dekat selain pelajari serta hargai khazanah bernilai ini," katanya.

Iklan
Balang kaca yang digunakan dalam perubatan suatu ketika dahulu, manakala mangkuk susu getah kaca, tidak lagi digunakan penoreh ketika ini, berada dalam simpanan Mario.

Menurut Mario, terdapat pelajar dan mahasiswa yang sudah mengunjungi rumahnya bagi berkongsi maklumat berkaitan koleksi yang dimiliki sebelum dan lepas merdeka.

Barangan antik yang disusun di halaman rumah Mario dekat Flat Paya Nahu, Sungai Petani Kedah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Erk berkata, inisiatif Mario untuk menyimpan barangan antik amat dihargai oleh kerana sukar untuk mendapatkannya di mana-mana lokasi dalam pasaran ketika ini.

Barangan antik menjadi hiasan dinding ruang tangga Flat Paya Nahu, Sungai Petani Kedah.

"Saya amat memuji apa yang dilakukan, bagaimanapun, saya berharap agar beliau dapat memikirkan lokasi lebih sesuai untuk menempatkan galeri bahan sejarah ini agar kekal dipelihara dan dinikmati generasi akan datang," katanya.

Bau (kanan) melihat basikal yang digunakan penoreh getah dianggarkan berusia 80 tahun yang menjadi koleksi Mario.