Wanita Pakistan anjur 'pesta janda' rai penceraian

Iklan
Wanita berketurunan Pakistan ini menari bagi meraikan penceraiannya. Agensi

CALIFORNIA - Seorang wanita Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat (AS) dikecam netizen selepas menganjurkan 'pesta janda' bagi meraikan penceraiannya.

Rakaman video tular memaparkan wanita itu menari dengan riang sambil mengikut rentak lagu Bollywood dan kelihatan penonton bersorak beramai-ramai.

Iklan
Iklan

Di bahagian latar belakang pula, terdapat belon yang disusun dengan bertulis 'Penceraian Mubarak' yang bermaksud penceraian yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

Seorang pengguna mengulas bahawa penceraian tidak sepatutnya diraikan semata-mata membebaskan hubungan toksik dengan pasangan anda.

Iklan

"Ya ia bagus dari segi kesihatan mental anda, tetapi jika kita meraikan penceraian, semakin ramai akan takut untuk berkahwin.

"Selain itu, jumlah ibu tunggal akan meningkat. Ketiadaan bapa kanak-kanak akan menjadi trauma," jelasnya.

Iklan

Bagaimanapun, punca penceraian terhadap wanita yang memiliki kedai di AS itu, tidak diketahui kerana dia tidak mendedahkan maklumat lanjut. - Agensi