Team Khairul Durian kongsi rezeki RM10,000

Iklan
Motosikal menjadi hadiah utama cabutan bertuah TKD sempena Karnival Rakyat Karangkraf.

SHAH ALAM - Team Khairul Durian (TKD) menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 kepada pengunjung yang membuat pembelian durian di Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung pada 26 Julai hingga 28 Julai.

Peniaga durian, Mohd Suhaimizi Mohd Nor,52, berkata, hadiah utama adalah sebuah motosikal dan lebih 20 hamper menarik diberikan kepada pembeli menerusi acara cabutan bertuah.

Iklan
Iklan
Mohd Suhaimizi

Menurutnya, pemberian berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kepada penggemar durian yang sering membuat pembelian di TKD.

"Kami buka penyertaan cabutan bertuah ini kepada pembeli-pembeli durian khusus di Karnival Rakyat Karangkraf sahaja.

Iklan

"Mereka yang beli durian lebih RM100 layak menyertai cabutan bertuah,” katanya ketika ditemui di Pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

Tambahnya, pihak mereka akan menghubungi pemenang sewaktu siaran langsung diadakan.

Iklan

"Kami (TKD) berkongsi rezeki ini sebagai tanda menghargai jasa-jasa pembeli yang tidak jemu menyokong TKD setiap kali musim durian menjelma.

TKD merupakan pembekal durian segar di Selangor dan hanya beroperasi ketika musim durian.

"Ini adalah salah satu cara untuk kami (TKD) mendekati masyarakat. Insya-ALLAH, jika diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan karnival ini pada masa akan datang, kami akan sertai,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai sambutan perniagaan di Karnival Rakyat Karangkraf, Mohd Suhaimizi berkata, ramai peminat-peminat durian TKD dari luar Selangor, datang untuk membeli di acara berkenaan.

"Alhamdulillah pada hari kedua dan ketiga, jualan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

"Kita tidak hanya menjual durian tetapi turut menawarkan cendol durian. Dengan keadaan cuaca yang panas, makan durian bersama cendol memang menarik,” katanya.

TKD merupakan pembekal durian segar di Selangor dan hanya beroperasi ketika musim durian. Kini TKD memiliki lebih 20 orang pekerja.