Wanita rugi lebih RM600,000 ditipu kekasih alam maya

Iklan
Seorang wanita mengalami kerugian RM658,166 selepas terpedaya dengan seorang lelaki yang dikenali menerusi media sosial bulan lalu. Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI - Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM658,166 selepas terpedaya dengan cinta maya (love scam) seorang lelaki yang dikenali menerusi media sosial bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, wanita tempatan berusia 38 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Mangsa memaklumkan telah berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit menerusi aplikasi Telegram dan WhatApps.

"Mangsa ditawarkan untuk menjalankan perniagaan sebagai ejen barangan kosmetik melalui pautan yang diberikan.

Iklan

"Bermula 14 Jun hingga 12 Julai lalu mangsa telah membuat 30 transaksi pembayaran, yang dipercayai sebagai bayaran penghantaran barang kepada pelanggan.

"Mangsa membuat pembayaran berjumlah RM658,166 ke dalam 11 akaun bank yang berlainan dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Kumarasan berkata, mangsa kemudian membuat panggilan video dan mendapati muka lelaki yang dikenali tidak sama seperti yang dipaparkan dalam profil aplikasi WhatApps.

Katanya, mangsa berasa tertipu dengan situasi itu dan tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, kertas siasatan bawah Seksyen 420 kanun keseksaan telah dibuka atas laporan polis tersebut.

"Pihak polis menyeru orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak menggunakan media sosial sebagai penantara untuk mencari teman hidup. Jumpa secara bersemuka dan selidik latar belakang terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan cinta," ujarnya.