Wanita lembam hilang sejak seminggu lalu

Iklan
Seorang wanita lembam dari Kampung Serongga di Pasir Mas dipercayai hilang sejak seminggu lalu selepas keluar dari rumah pada 23 Julai.

PASIR MAS - Seorang wanita lembam dari Kampung Serongga di sini dipercayai hilang sejak seminggu lalu selepas keluar dari rumah pada 23 Julai.

Suzana Mohamad, 38, yang mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun dikatakan keluar pada sebelah pagi dan tidak pulang ke rumahnya selepas itu.

Iklan
Iklan

Adiknya, Suriati, 27, berkata, semasa hari kejadian kakak sulung daripada 10 beradik itu memakai baju berwarna biru dan kain sarung batik hijau.

"Biasanya kakak akan keluar berjalan-jalan ke rumah jiran dan pulang pada sebelah petang.

Iklan

"Perkara itu sudah menjadi rutin hariannya. Namun sebaliknya berlaku apabila dia tidak pulang ke rumah sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut dia, maklumat terakhir yang diterima pihak keluarga ada orang mendakwa melihat Suzana di kawasan Simpang Empat Salam, Rantau Panjang pada hari kejadian.

Iklan

Ujarnya, mereka sekeluarga terus bergegas ke lokasi terbabit untuk mencari, namun gagal.

Suriati memberitahu, sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan termasuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada 24 Julai.

"Memikirkan keadaan kakak membuatkan kami bimbang soal keselamatannya.

"Jika dilihat dari segi luaran, kakak nampak normal tetapi sebenarnya tidak. Jadi kami berharap sesiapa yang ternampak Suzana boleh menghubungi di talian 011-17822968 atau 011-69566393," katanya.