[VIDEO] SPRM diminta siasat dakwaan salah guna kuasa di KADA

Iklan

PUTRAJAYA - Satu laporan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dibuat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Aktivis masyarakat, Tuan Lokman Tuan Soh berkata, dakwaan berkaitan salah guna kuasa ini dipercayai berlaku sejak beberapa bulan yang lalu.

Iklan
Iklan
Tuan Lokman (kanan) ketika hadir di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

"Pada saya dalam keadaan petani dalam kawasan KADA masih berhadapan dengan isu kemiskinan, ketiadaan air ketika kemarau namun penyelewengan ini masih berlaku ia adalah sesuatu yang mengecewakan.

"Saya ambil tanggungjawab ini bersama dengan segala maklumat yang saya ada jadi saya datang untuk berikannya kepada pihak SPRM untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan
Tuan Lokman

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pekarangan hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dekat sini pada Isnin.

Katanya, pihak SPRM diminta agar mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini.

Iklan

"Saya harap SPRM ambil maklum berkaitan perkara ini dan segera siasat berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

"Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, kita perlukan jabatan dan kakitangan jabatan yang mempunyai tatakelola baik untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Terdahulu, Tuan Lokman hadir di pekarangan Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 9.30 pagi bersama dua individu lain.

Kesemua mereka kemudiannya dilihat diiringi beberapa pegawai SPRM sebelum masuk difahamkan untuk menyerahkan beberapa dokumen berkaitan dakwaan salah guna dan penyelewengan berkenaan.