Kementerian Digital cadang tubuh Suruhanjaya Data galak pasaran pusat data

Iklan
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Digital Nasional Berhad DNB dengan CyberSecurity Malaysia CSM di My5G Portal, The Exchange TRX pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi membolehkan kerangka dan polisi yang mencukupi dapat dibangunkan untuk melindungi data rakyat serta menggalakkan penggunaan pusat data di dalam negara.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bagi tujuan itu, pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Iklan
Iklan

Pindaan tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau pertengahan tahun depan, katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan Cybersecurity Malaysia di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, teknologi baharu semakin bersandarkan kepada kecerdasan buatan (AI) dan kerajaan sedia maklum bahawa aspek yang paling penting untuk menjayakan industri ini adalah pusat data.

Iklan

Justeru, kerajaan telah menumpukan usaha untuk membawa pelaburan besar khususnya pusat data dan sebagainya, katanya.

"Kita lihat (ada) pelaburan daripada Google, Microsoft, ByteDance dan sebagainya dengan jumlah pelaburan cukup besar," katanya.

Iklan

Gobind berkata, pada masa ini, Malaysia telah mempunyai Pesuruhjaya Data dan sebuah jawatankuasa.

"Jadi, saya ingin memfokuskan untuk kita menggunakan platform ini dan memperkukuh jawatankuasa tersebut terlebih dahulu serta bergerak ke depan.

"Kita akan mencadangkan kepada kerajaan supaya jawatankuasa ini dijadikan sebagai Suruhanjaya Data supaya dapat lebih memfokuskan aspek data," katanya. - Bernama