Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Empat mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai menghisap vape jenis 'magic mushrooms'. Gambar hiasan

KEMAMAN - Seorang pelajar Tingkatan Empat dikejarkan ke hospital di daerah ini selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai selepas mengambil rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushrooms'.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika berada di sekolah, minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami sawan akibat pengambilan bahan kimia itu secara berlebihan.

"Ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan mangsa keluarga telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Iklan

"Difahamkan mangsa masih menerima rawatan dan masih belum pulih," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Iklan