Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang

Iklan
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kereta dinaikinya. -JBPM

IPOH - Seorang lelaki maut setelah kereta jenis Toyota Corolla yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang di kilometer (km) 265 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini, pada Isnin.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa berusia 40 tahun itu didapati berada di bawah kereta tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 8.08 pagi.

"Didapati sebuah kereta telah terbabas ke dalam longkang di lebuh raya, dan seorang lelaki berada di bawah kereta tersebut.

Iklan

"Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota melakukan kerja menyelamat.

"Lelaki tersebut disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau menambah, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK II Suhaimi Abd Samad itu membabitkan seramai tujuh anggota dan tamat jam 9.26 pagi. - Awani