Amaran strok haba, suhu di Jepun mungkin cecah 40 darjah Celsius

Iklan
Amaran strok haba telah dikeluarkan bagi 38 daripada 47 wilayah Jepun ketika gelombang haba luar biasa pada Isnin mungkin menyebabkan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan. Gambar hiasan

TOKYO - [DIKEMAS KINI] Amaran strok haba telah dikeluarkan bagi 38 daripada 47 wilayah Jepun ketika gelombang haba luar biasa pada Isnin mungkin menyebabkan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, lapor Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, sistem tekanan tinggi terus membawa cuaca panas terik terutamanya ke kawasan timur dan barat Jepun, dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius di bandar Kumagaya, Kofu dan Hamamatsu.

Iklan
Iklan

Menurut JMA, suhu tinggi pada waktu siang dijangka mencecah 39 darjah Celsius di bandar Saitama, Maebashi, Kyoto dan Okayama, manakala 38 darjah Celsius diramalkan bagi Tokyo, Utsunomiya, Otsu dan Kochi.

Pegawai cuaca menggesa orang ramai supaya tidak teragak-agak menggunakan penyaman udara, kerap minum air dan mengambil garam, serta mengelakkan aktiviti luar yang tidak perlu dan bersenam.- Bernama

Iklan

Iklan