Kerajaan perkasa institusi pendidikan awal kanak-kanak

Iklan
Kerajaan akan memperkasakan institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan memfokuskan isu melibatkan empat kluster utama iaitu pendaftaran, keselamatan, kesihatan dan kurikulum. Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkasakan institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan memfokuskan isu melibatkan empat kluster utama iaitu pendaftaran, keselamatan, kesihatan dan kurikulum.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengawal Selia Secara Bersepadu Penubuhan dan Operasi Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan beliau pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang serta wakil dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau berkata, pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak ialah satu daripada enam ‘task force’ bagi memperkasakan pendidikan negara yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Iklan

Pertemuan itu ialah langkah permulaan penting untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

"Saya berharap hasil perbincangan ini akan membawa kepada pelaksanaan yang lebih berkesan dan komprehensif dalam mengawal selia institusi pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Nancy menerusi catatan di Facebook berkata, pendidikan awal kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama merentas kementerian dan usaha perlu ditingkatkan serta diselaraskan bagi memastikan sistem pendidikan yang berkualiti dan kondusif. - Bernama