Malaysia, UAE berentap di Dubai

Iklan
Harimau Malaya bakal berdepan UAE (UAE) di Stadium Al Maktoum Dubai pada 26 Mac depan. - Foto FAM

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) menerusi lawan web rasmi mereka, www.the-afc.com semalam mengesahkan aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 26 Mac depan.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe selepas menentang pasukan ranking ke-71 dunia itu akan menerima kunjungan Vietnam (94) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac sebelum menamatkan kempen Kumpulan G menentang Thailand di Bangkok pada 9 Jun.

Iklan
Iklan

Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia terlebih dahulu akan memanaskan diri menentang Bahrain di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town pada 21 Mac depan.

Malaysia selepas lima perlawanan menduduki tangga kedua dengan sembilan mata manakala Vietnam menerajui kumpulan dengan 11 mata diikuti Thailand (8) di tempat ketiga, UAE yang meraih enam mata daripada empat perlawanan dan Indonesia yang tewas kesemua lima perlawanan.

Iklan

Hanya juara kumpulan bersama empat (lima jika Qatar layak) daripada lapan naib juara kumpulan akan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia Qatar selain meraih kelayakan automatik ke Piala Asia di China.

Pada kempen Piala Dunia 2018, Malaysia di bawah kendalian Dollah Salleh dimalukan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila dibelasah 10-0 oleh UAE di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi 2015 tetapi hampir melakar kejutan apabila mendahului pasukan itu sebelum tewas tipis 1-2 pada September tahun lepas di Bukit Jalil. - Bernama

Iklan