'Bantu usahawan kecil, bukan kenakan caj tinggi' - Noh

Iklan
Tan Sri Noh Omar

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor diminta tidak mengenakan caj terlalu tinggi kepada usahawan kecil yang menyewa kemudahan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, caj terlalu tinggi membebankan golongan usahawan yang sepatutnya dibantu untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing seterusnya meningkatkan taraf hidup.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan sepatutnya membantu golongan usahawan dan tidak membebankan mereka dengan caj melampau.

"Saya difahamkan untuk sewa dengan Majlis (Perbandaran Kuala Selangor) penganjur (Karnival Usahawan Mayda Food Mania) kena bayar sehingga RM12,000.

Iklan

"(Padang Astaka Tanjong Karang) ini tidak diberikan percuma, sebaliknya mereka (usahawan) perlu menyewa," katanya dalam satu video pada Isnin.

Noh bergambar bersama-sama penganjur pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan MAYDA FT Food Mania di Padang Astaka Tanjong Karang.

Menurut Noh, kerajaan Persekutuan juga diharap lebih memberi tumpuan dengan memberi bantuan sewajarnya kepada usahawan kecil.

Iklan

Selain itu, katanya, kerajaan juga dapat memperkenalkan dasar-dasar baharu untuk membantu usahawan terutama dalam menghadapi kesan kepada kos sara hidup semakin tinggi.

"Kita tahu pembekal-pembekal terpaksa menaikkan harga bahan mentah, jadi peniaga makanan misalnya terpaksa membeli dengan harga yang mahal.

"Namun, mereka (peniaga makanan) tidak boleh menjual dengan harga mahal, kerana bimbang jualan mereka tidak dibeli pelanggan," jelas beliau.

Noh memberitahu, semasa menerajui kementerian itu, pelbagai inisiatif diambil beliau bagi membantu usahawan terutama selepas negara berdepan dengan pandamik Covid-19.

"Antara inisiatif yang saya laksanakan ketika itu selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah memudahkan pinjaman dalam kalangan usahawan.

"Antara syarat diperkenalkan mengetepikan CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRISS) bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman dan sekiranya mereka pinjam tahun ini, bayar tahun hadapan," ujar beliau.