Zuraida tak terima notis tuntutan saman: SU Politik

Iklan
Zuraida

PUTRAJAYA - Tiada sebarang notis tuntutan saman diterima Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berhubung kemelut dalaman parti itu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Politik kepada Zuraida, Nor Hizwan Ahmad sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Tidak benar. Tiada surat saman diterima Zuraida," katanya.

Menurutnya, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berada di luar kawasan atas tuntutan tugas.

Iklan

"Saya anggap kenyataan Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersifat manipulatif terhadap situasi yang berlaku pada masa kini," katanya.

Terdahulu, Saifuddin Nasution dilapor mengesahkan Zuraida bukan hanya menerima surat tunjuk sebab atas dakwaan salah laku disiplin malah turut menerima tuntutan saman darinya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin

Saman itu dipercayai tiada kaitan dengan parti tetapi berkisar perihal peribadi antara Saifuddin Nasution dan Zuraida.