Nicolas Maduro pertahan jawatan Presiden Venezuela, kemenangan dipertikai

Iklan
Maduro meraikan kemenangan bersama para penyokong beliau di Caracas. Foto AFP

CARACAS - Nicolas Maduro diisytiharkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden Venezuela pada Ahad, namun kemenangan beliau dipertikaikan puak pembangkang dan negara jiran utama yang bertindak menolak keputusan rasmi tersebut.

Majlis Pilihan Raya mengumumkan Maduro meraih 51.2 peratus undi manakala pesaingnya, Edmundo Gonzalez Urrutia memperoleh 44.2 peratus undi.

Iklan
Iklan

"Saya dilantik semula sebagai Presiden. Saya akan pastikan wujud keamanan, kestabilan dan keadilan untuk semua serta menghormati undang-undang," kata beliau di hadapan para penyokongnya di Istana Presiden ketika meraikan kemenangannya.

Pakatan pembangkang di Caracas bagaimanapun mendakwa mereka mendapat kira-kira 70 peratus undi dan mengisytiharkan Urrutia sebagai Presiden baharu negara Amerika Selatan tersebut.

Iklan
Iklan

Kemenangan Maduro, 61, yang telah memegang kuasa sejak 2013 turut dipertikaikan Colombia, Costa Rica dan Chile malah Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan yang didakwa tidak mencerminkan kehendak rakyat Venezuela. - AFP