Perak kembali jadi tumpuan intelektual dunia

Iklan
WCIT 2024 yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mengetengahkan 38 barisan pembentang tersohor di peringkat negara dan antarabangsa.

IPOH - Perak sekali lagi menjadi tumpuan dunia dengan kehadiran tokoh dan pemikir Islam sempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina di sini selama tiga hari bermula Isnin.

Persidangan kali ke-7 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) membawa tema Berdiri Bersama: Umat Islam dan Kemanusiaan Sejagat itu membawa tujuh subtema yang menekankan aspek penting dalam dunia Islam kontemporari.

Iklan
Iklan

Intipati ditekankan termasuklah politik global, kedaulatan undang-undang, tadbir urus dan integriti, pendidikan dan penyelidikan, kerjasama dan pembangunan ekonomi, kesenian dan kemanusiaan, serta teknologi hijau dan kemampanan persekitaran.

WCIT 2024 yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mengetengahkan 38 barisan pembentang tersohor di peringkat negara dan antarabangsa.

Iklan

Antara nama besar yang akan membentangkan kertas kerja termasuklah mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla; Pengasas Medina Institute, Amerika Syarikat, Shaykh Muhammad Yahya Al Ninowy dan Profesor Gerges A Fawaz dari London School of Economics and Political Sciences.



Penganjuran WCIT 2024 ini jelas menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan USAS dalam mempromosikan dialog intelektual dan pertukaran idea di peringkat global yang membawa manfaat kepada masyarakat tempatan melalui pelbagai aktiviti sampingan.

Iklan

Pendekatan itu juga mencerminkan usaha menangani isu-isu semasa dalam dunia Islam melalui perbincangan dan pertukaran idea yang konstruktif.

Naib Cancelor USAS, Profesor Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof berkata, siri kali ini terus meneroka konsep kemanusiaan global yang bersatu dan memberi inspirasi umat ​​Islam untuk memimpin dunia ke arah kehidupan bersama yang aman.

"Kita berharap siri kali ini dapat memupuk dunia di mana semua tamadun bekerjasama sebagai rakan kongsi dan bukannya musuh.

"Tema yang dipilih pada tahun ini juga mencerminkan seruan kepada umat Islam kepimpinan dalam membina komuniti global yang bersatu padu," katanya.

Selain aktiviti akademik, WCIT 2024 turut menyediakan program untuk orang awam iaitu Karnival Pendidikan Tinggi 2024 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah sepanjang tempoh persidangan.

Turut diadakan termasuk gerai Jualan Rahmah Madani dan Program WCIT 2024 Berselawat.