NAMA Judika dalam industri muzik sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Tidak hanya dikenali di Indonesia, bintang berusia 45 tahun itu turut melebarkan sayap ke Malaysia dan beberapa negara Asia lain.
Namun sama seperti artis lain, pelatun lagu Aku Yang Tersakiti itu pernah melalui saat sukar di awal kariernya.
Iklan
Iklan
Imbau Judika, dia pernah menerima bayaran sekitar 15 sen (Rp 500) sehingga RM6 (Rp 20,000) untuk satu persembahan.
"Sekarang bila menerima bayaran yang lebih tinggi, saya bersyukur," ujarnya seperti dilaporkan Suara.
Walaupun sudah menjadi penyanyi terkenal, Judika berkata, ia bukan tiket buatnya mengenakan bayaran mahal sebaliknya sentiasa mengutamakan kualiti kerja.
"Apa yang penting perlu profesional dalam kerja, bertanggungjawab serta konsisten.
"Bukan mudah menjadi penyanyi kerana kadangkala saya tidak tidur, perlu kerja luar bandar dan tinggalkan keluarga. Suara juga perlu jaga jangan sakit selalu," tegasnya.