Tinjauan Empangan Pedu

Iklan

Paras takungan di Empangan Muda dan Empangan Pedu semakin menyusut di mana setakat hari ini masing-masing mencatatkan pada paras 8.36 peratus (Empangan Muda) dan 40.87 peratus (Empangan Pedu) ketika tinjauan di Kuala Nerang, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid berkata operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Dalam pada itu, laman web Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyatakan paras takungan tiga empangan utama di negeri ini yang dikendalikan lembaga itu iaitu Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning berada pada tahap 45 peratus berbanding 47 peratus pada Khamis lalu. Foto Bernama

Iklan
Iklan