Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Iklan
Sekumpulan kanak-kanak bergambar bersama peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 yang singgah di Taman Dato Ibrahim, Gong Nangka, Marang, hari ini.

KMJG 2024 peringkat negeri Terengganu membabitkan laluan sepanjang 395 kilometer bermula di Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut sebelum konvoi bergerak ke Kelantan.

Konvoi tersebut akan menelusuri 10 negeri bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024. Foto Bernama