Jerami gulung dah hangus

Iklan
Keadaan jerami gulung yang dilaporkan terbakar.

YAN - Lokasi terkenal dengan jerami gulung yang selama ini menjadi tumpuan orang ramai untuk merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan bendang padi, dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kampung Ulu Sedaka, petang tadi.

Kawasan berkenaan yang direka untuk menunjukkan suasana selepas aktiviti menuai padi menjadi tarikan setiap kali jerami dikumpul dan digulung untuk dijual bagi mengelakkan pembakaran jerami secara terbuka.

Iklan
Iklan
Gulungan jerami yang menjadi tarikan orang ramai di Kampung Ulu Sedaka, Yan.
Iklan

Sejak beberapa minggu lalu, kawasan berkenaan dikunjungi orang ramai dari luar dan dalam daerah tersebut bagi merakamkan momen indah berlatarbelakangkan jerami gulung.

Bagaimanapun, lokasi itu yang merupakan inisiatif Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dilaporkan terbakar kira-kira jam 2.40 petang tadi menyebabkan gulungan jerami hangus sehingga tular di media sosial.

Iklan

Sumber Mada memaklumkan, pihaknya ada menerima laporan berkaitan kes berkenaan, bagaimanapun tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga siasatan mengenainya selesai.