Penerbangan United Airlines dilencongkan ke Washington selepas kecemasan 'biobahaya'

Iklan
Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian 'biobahaya” di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka. Gambar hiasan

ISTANBUL - Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian"biobahaya” di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka, lapor Agensi Anadolu.

Penerbangan 2477 yang dalam perjalanan ke Boston dari Lapangan Terbang Antara Benua George Bush di Houston pada pagi Ahad itu terpaksa mendarat awal di Washington DC supaya pesawat itu dapat menjalani 'pembersihan menyeluruh' setelah seorang penumpang jatuh sakit, menurut laporan New York Post pada Isnin.

Iklan
Iklan

Keadaan menjadi begitu serius sehingga anak kapal dan penumpang mula merasa tidak sihat, menyebabkan juruterbang meminta lencongan, seperti yang dinyatakan dalam komunikasi radio oleh juruterbang.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Washington Dulles dan tiada seorang pun daripada 155 penumpang atau enam anak kapal memerlukan bantuan perubatan, menurut laporan itu. - Bernama-Anadolu

Iklan

Iklan