KOTA KINABALU - Mesej kononnya terdapat kanak-kanak lelaki warga China disyaki dijangkiti koronavirus dan dimasukkan di sebuah hospital di sini yang tular di media sosial adalah palsu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Christina Rundi ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara itu palsu.