Dua kanak-kanak maut, sembilan cedera diserang di UK

Iklan
Dua kanak-kanak terkorban manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau di Southport, Merseyside. Foto Getty Images

LONDON - Dua kanak-kanak terkorban manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau di Southport, Merseyside, barat laut England pada Isnin.

Ketua Konstabel Serena Kennedy berkata, enam mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Iklan
Iklan

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.50 pagi (1050 GMT) di sebuah hartanah di Hart Street, kata Polis Merseyside dalam satu kenyataan pada Isnin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sedang mengikuti kelas di"Taylor Swift Yoga and Dance Workshop" sebelum ditikam.

Iklan

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks di Lancashire ditangkap kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh.

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan dan tidak dianggap berkaitan keganasan pada masa ini, menurut polis. - Bernama

Iklan