'Kementerian Pertahanan' Arsenal sudah lengkap

Iklan
Calafiori sertai Arsenal. Foto Agensi

NAIB juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Arsenal mengumumkan ketibaan pemain pertahanan terbaharu mereka dari Itali, Riccardo Calafiori.

Pemain berusia 22 tahun itu mengikat kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan berjumlah sekitar 42 juta pound (RM250.58 juta).

Iklan
Iklan

Calafiori yang boleh bermain di posisi bek tengah atau kiri kini telah berada di Phildelphia, Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai latihan pra-musim The Gunners.

Pemain yang mendapat julukan 'baby Maldini' merujuk kepada pertahanan legenda Itali, Paulo Maldini - antara tonggak Bologna musim lalu, membantu pasukan Serie A itu layak ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam tempoh enam dekad.

Iklan

Dia adalah pemain paling sesuai menggantikan posisi Takehiro Tomiyasu, seorang lagi bekas pemain Bologna yang kerap dihantui isu kecederaan.

Menjengah di ruangan komen akaun Intagram Arsenal, rata-rata penyokong menyambut baik ketibaan Calafiori.

Iklan

"Gabriel Magalhaes, William Saliba, Ben White, Jurien Timber, Tomiyasu dan Cala kini kementerian pertahanan Arsenal sudah lengkap."

"Tak sabar tengok Calafiori beraksi."

"Terbaik Arsenal memang padulah pertahanan kali ini."

Musim lalu, Calafiori bermain 30 kali untuk Bologna dan meledak dua gol serta mencipta lima bantuan jaringan.