Sarjan selamatkan wanita daripada jatuh jambatan

Iklan
Laporan Sinar Harian

KOTA BHARU - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Daerah Kota Bharu memuji tindakan anggota polis berpangkat Sarjan yang berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dari jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, Pasir Mas pada Ahad.

Setiausahanya, Mudzahar Makhtar berkata, tindakan Sarjan Mohd Ridzuan Remlan dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu itu membuktikan polis dan masyarakat berpisah tiada.

Iklan
Iklan

"Walaupun kejadian itu berlaku di luar waktu tugas namun beliau tetap menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan cakna warga polis kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, Polis Kelantan bertuah mempunyai seorang anggota yang berjiwa besar, penyayang dan bertanggungjawab.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita sempat diselamatkan oleh orang awam daripada terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra.

Wanita berusia 40-an itu disedari berada di penghadang jambatan tersebut kira-kira jam 2 petang.

Iklan