Selepas dua minggu rawatan, Tun M dibenar keluar IJN

Iklan
Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) ekoran batuk.

Memetik laporan sebuah media antarabangsa, pembantunya, Sufi Yusoff berkata, kesihatan bekas pemimpin UMNO berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan 'bercuti di rumah'.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir dimasukkan ke institut berkenaan bagi mendapatkan rawatan pada 15 Julai lalu, iaitu lima hari selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-99 tahun.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital pada Januari lalu dan menjalani rawatan hampir dua bulan.

Iklan

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi rawatan jangkitan dan pemerhatian pada 26 Januari lalu, sebelum dibenarkan keluar pada 18 Mac.

Dr Mahathir juga mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 1989 dan 2007.

Iklan