SHAH ALAM - Laluan di Kilometer (km) 441.2 (Arah Selatan) di antara laluan Sungai Buaya ke Rawang sesak sejauh 11km susulan kemalangan jalan raya melibatkan dua treler dan sebuah kereta seawal jam 7.30 pagi Selasa.
PLUS Trafik melaporkan setakat jam 9.50 pagi, lorong tengah arah utara dibuka semula kepada lalu lintas, namun lorong kanan masih terhalang.
"Lorong kanan dan tengah arah selatan juga masih terhalang. Kerja pengalihan kenderaan kemalangan sedang dijalankan. Trafik sesak 11km arah selatan dan masih perlahan 3.5km arah utara.
"Sila gunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan. Pandu cermat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian.
Orang ramai boleh mendapatkan info trafik terkini di aplikasi X PLUSTrafik di https://x.com/plustrafik