AGC tolak representasi lelaki warga Israel bekal senjata api

Iklan
AGC menolak representasi yang dikemukakan seorang lelaki warga Israel, di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan seorang lelaki warga Israel, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, bagi mengkaji semula dua pertuduhan memiliki 158 peluru dan memperdagangkan enam pistol yang dihadapinya.

Semasa prosiding sebutan kes, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam berkata, pembelaan bagi pihak Avitan Shalom, 38, menyerahkan representasi itu pada 8 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"AGC menolak permohonan mereka hari ini, maka saya cadangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu, dikekalkan,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan prosiding perbicaraan kes berjalan selama sembilan hari, bermula 30 September, 1 hingga 3 Oktober dan 7 hingga 11 Oktober ini.

Iklan

Dalam prosiding sama, Mohamad Mustafa memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk pengurusan kes.

Susulan itu, Hakim, Norina Zainol Abidin menetapkan pengurusan kes tersebut pada 2 September depan.

Iklan

Sementara itu, peguam Datuk Naran Singh berkata, beliau tidak lagi mewakili Avitan kerana alasan peribadi.

"Saya tidak lagi hadir bagi pihaknya, tetapi dia akan diwakili seorang lagi peguam lain,” katanya.

Sementara itu, peguam, Navinjit Singh yang sebelum ini hadir bagi sebutan kes lelaki yang beralamat di Bnei Brak, Israel berkenaan, juga difahamkan tidak lagi mewakili tertuduh.

Ketika prosiding sebutan kes pada 12 April lalu, Navinjit Singh enggan menjawab soalan pihak media, bagaimana beliau boleh mewakili tertuduh.

Beliau ditanya pemberita sama ada terdapat pihak yang menghubunginya atau firma guamannya bagi mewakili Avitan yang didakwa atas tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam itu yang ditemui selepas prosiding pendakwaan berkata, beliau tidak boleh mendedahkan perkara tersebut.

Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Jeffrey Ooi.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh yang dikawal ketat anggota polis, didakwa memperdagangkan enam pistol jenis Glock 19 USA 9 x 19, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria, M&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA dan Stoeger Cougar 8000F.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, antara jam 6.46 petang, 26 Mac hingga 6 petang, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa memilikKuala Lumpur i sekotak Shell Shock NAS3 9mm (8 peluru), dan tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 peluru) dan 42 peluru dalam tiga senjata berasingan.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.