Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MOF

Iklan
MOF menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi WhatsApp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

Iklan
Iklan

"Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini. - Bernama

Iklan
Iklan