PN perlukan Gerakan, Bersatu akan jadi pendamai

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memainkan peranan dan bertindak sebagai pendamai bagi meredakan ketegangan antara dua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, PN memerlukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memandangkan parti itu mewakili masyarakat berbilang kaum.

Iklan
Iklan

Justeru beliau mencadangkan Pas dan Gerakan mengadakan satu mesyuarat dalaman bagi menguruskan perbezaan pandangan mengenai isu semasa.

"Saya harap perkara ini dibawa ke meja mesyuarat untuk kita perhalusi bagi meredakan suhu percakaran di luar dan tumpukan maslahat yang lebih besar iaitu isu-isu rakyat.

Iklan

"Saya tidak kata isu arak tiada kaitan dengan rakyat, malah saya memahami pendirian Pas dan Gerakan.

"Tetapi kita perlu lihat kepada perkara yang lebih besar iaitu bagaimana nak memastikan perbalahan, salah faham atau perbezaan pendapat dapat diuruskan dengan baik," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong dilapor berkata, parti itu tidak teragak-agak keluar daripada PN dan kekal teguh menyokong serta mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana meskipun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.

Rentetan itu Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan terserah kepada parti pimpinan Dominic Lau itu untuk membuat keputusan kerana setiap parti mempunyai hak dan pendirian masing-masing.

Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang menegaskan, Bersatu memahami pendirian Pas dan Gerakan, namun tidak bersetuju minuman keras 'dijaja' di sekolah vernakular atau sebaliknya.

"Kami tidak membantah sekolah vernakular dan mereka ada hak untuk raih dana daripada mana-mana sumber, tetapi tidak boleh secara terang-terangan promosi alkoholisme di sekolah seperti apa yang berlaku di sebuah sekolah di Sepang.

"Salah juga untuk (Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan) Aiman Athirah menunjukkan 'thumbs up' dengan sepanduk. Ia penghinaan kepada agama, kaum dan masyarakat," ujarnnya.

habis//