Operasi pembenihan awan: Paras air empangan masih tidak berubah

Iklan
Akmal Nasrullah (empat dari kanan) turun padang meninjau Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan, Kedah.

YAN - Operasi pembenihan awan (OPA) yang dilaksanakan bermula Isnin masih belum meningkatkan paras air Empangan Muda di negeri ini dan Empangan Bukit Merah, Perak.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, OPA yang dilaksanakan baru di peringkat permulaan dan menunggu hasil kerana akan diteruskan pada Selasa dan Rabu.

Iklan
Iklan

"Kalau tengok paras air empangan masih tidak berubah, daripada bacaan sebelum ini, tetapi insya-ALLAH itu ikhtiar kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir meninjau Empangan Sabo di Titi Hayun yang telah siap sepenuhnya.

Iklan

Menurut Akmal Nasrullah, dalam masa sama, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang memantau keadaan di beberapa empangan termasuk enam lagi yang paras airnya berada pada tahap berjaga-jaga.

"Kita telah memberi peringatan kepada semua negeri untuk mengambil langkah mitigasi, buat persiapan dan bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara ini bertambah serius.

Iklan

"Sebab kalau ikut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia sendiri mengatakan ada kemungkinan cuaca panas ini berlanjutan sehingga bulan September," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, jumlah takungan air di Empangan Beris di Sik dijangka mampu menampung keperluan domestik di negeri ini dan Pulau Pinang sehingga September.

"Bagaimanapun, kita tetap mengharapkan orang ramai menggunakan air secara berhemah agar dapat menampung keperluan penduduk walaupun ketika paras air empangan berkurangan," katanya.