Dua terbunuh, 20 cedera nahas kereta api di India

Iklan
Sebanyak 18 gerabak Howrah-Mumbai Mail tergelincir daripada landasan, menyebabkan kecederaan kepada ramai penumpang. Foto AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 lagi cedera selepas 18 gerabak kereta api penumpang tergelincir di Jharkhand, India pada Selasa.

Kejadian berlaku pada awal pagi berhampiran stesen Barabamboo di daerah West Singhbhum, kira-kira 123 kilometer tenggara Ranchi.

Iklan
Iklan

Menurut pegawai tempatan, 18 gerabak Howrah-Mumbai Mail tergelincir daripada landasan, menyebabkan kecederaan kepada ramai penumpang.

Pihak berkuasa segera menghantar ambulans dan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Iklan

Timbalan Pesuruhjaya West Singhbhum, Kuldeep Chaudhary berkata, operasi menyelamat sedang dijalankan dan Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional (NDRF) turut dikerah ke lokasi.

Kereta api itu dilaporkan dalam perjalanan dari Howrah ke Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) di Mumbai.

Iklan

Para penumpang yang cedera diberi rawatan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital terdekat.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kereta api barang dari arah bertentangan tergelincir sebelum melanggar kereta api penumpang.

Orang ramai berkumpul berhampiran kereta api yang tergelincir berhampiran Jamshedpur di Jharkhand, timur India pada Selasa. Foto AFP

"Sekitar 3.39 pagi (waktu tempatan), kereta api tiba-tiba bergegar dan nampaknya kereta api tergelincir. Ramai orang cedera dalam kemalangan itu," kata Pengurus kereta api South Eastern Railway, Mohammed Rehan yang turut berada di dalam kereta api ketika kejadian.

Akibat insiden ini, operasi lima kereta api dibatalkan.

Pada 18 Julai, seramai empat orang terbunuh dan 32 cedera selepas kereta api Chandigarh-Dibrugarh Express tergelincir di Uttar Pradesh.

Bulan lalu, 15 orang maut dan 60 lagi cedera apabila sebuah kereta api barang melanggar kereta api penumpang di Bengal Barat. - Bernama-Xinhua