Dr Hannan dilantik Prof Adjung UMK

Iklan
Razli (empat, kanan) menyerahkan surat pelantikan kepada Dr Mohd Hannan pada Isnin.

KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hannan Medispa Sdn Bhd, Dr Mohd Hannan Mohd Yusof dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam tempoh setahun berkuat kuasa 29 Julai 2024.

Pelantikan Dr Mohd Hannan berdasarkan sumbangan dan kepakaran serta pengalaman selama 11 tahun menguruskan 113 cawangan Hannan Medispa di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Majlis penyerahan surat lantikan Profesor Adjung telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak di universiti itu pada Isnin.

Menurut Razli, pelantikan tersebut membolehkan Dr Mohd Hannan berkongsi khidmat kepakaran dan nasihat kepada pihak FHPK khususnya di Elysian Spa.

Iklan
Dr Mohd Hannan (tiga, kanan) menyerahkan replika cek sumbangan bagi penganjuran Program Hari Kesedaran Kosmetik Selamat: IFSSA x Hannan Medispa.

Pada majlis sama beliau turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada Dr Hannan bagi Dana Aplikasi Playmasjid, iaitu perisian yang dibangunkan oleh syarikat pelajar UMK dan RM10,000 bagi penganjuran Program Hari Kesedaran Kosmetik Selamat: IFSSA x Hannan Medispa.

Sementara itu, Dr Mohd Hannan memberitahu pelantikan beliau sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk memajukan industri spa.

Iklan

Katanya, bidang spa merupakan bahagian penting dalam industri hospitaliti dan pelancongan dan mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi gaya hidup, kesejahteraan dan kualiti hidup manusia.

"Insya-ALLAH, sebagai Profesor Adjung saya nekad menyumbangkan pengetahuan dan pengalaman dalam mengembangkan pendidikan yang relevan dengan keperluan industri serta masyarakat.

"Koloboratif yang baik dan erat antara universiti serta industri dilihat berjaya mencapai sesuatu yang luar biasa dalam memperkasakan serta menyediakan mahasiswa yang memenuhi keperluan industri,” katanya.