Olimpik Paris: Hamil 7 bulan tidak halang atlet lawan pedang Mesir beraksi

Iklan
Nada yang hamil tujuh bulan membuat penampilan ketiga di Olimpik.

PENAMPILAN kali ketiga Nada Hafez pada Sukan Olimpik 2024 di Paris menjadi kenangan indah buat atlet lawan pedang Mesir itu.

Atlet berusja 26 tahun itu berkongsi momen manis apabila mendedahkan bahawa biarpun dia hamil tujuh bulan, namun tidak menghalangnya untuk melakar kemenangan.

Iklan
Iklan

Dia menewaskan pemain nombor 10 dunia Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Tartakovsky 15-13 sebelum tewas 7-14 kepada Jeon Hayoung dari Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik di Grand Palais.

Nada bagaimanapun tetap berbangga bukan hanya dengan prestasinya, tetapi juga kerana bersaing semasa mengandung.

Iklan

"Apa yang anda lihat ialah dua pemain di podium, sebenarnya adalah tiga! Ia adalah saya, pesaing dan bayi kecil saya yang belum lahir!

"Saya menulis hantaran ini untuk mengatakan rasa bangga dengan diri kerana memastikan tempat saya di pusingan 16 akhir. Olimpik kali ini berbeza,” catat beliau menerusi Instagram.

Iklan

Nada mendedahkan khabar tersebut untuk 'menerangkan kekuatan dan ketabahan wanita Mesir'.

"Tiga kali menyertai Olimpik, tetapi kali ini saya membawa seorang peserta Olimpik kecil,” katanya yang pernah beraksi di Olimpik pada edisi 2016 dan 2021.