WCIT jadi pentas tingkat kesedaran industri farmaseutikal halal

Iklan
Wan Amir-Jeffery

IPOH - Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) menjadi pentas terbaik dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang industri perubatan serta farmaseutikal halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Komersial Duopharma Biotech Bhd (Duopharma), Wan Amir-Jeffery Wan Abdul Majid berkata, potensi industri berkenaan mampu berkembang bukan sahaja pasaran tempatan malah di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Kita perlu terus memberikan maklumat tentang perubatan dan farmaseutikal halal melalui program seumpama ini agar kefahamannya lebih meluas.

"Sebelum ini orang bertanya kenapa perlu halal (dalam perubatan), tetapi sekarang ia boleh dilakukan. Kita sudah ada piawaian dan ubat-ubatan halal boleh dikeluarkan,” katanya kepada pemberita.

Iklan

Beliau merupakan salah seorang panel forum bertajuk Membina Masa Depan: Ekonomi Halal - Peranan Malaysia dalam Membina Ekosistem Halal yang Teguh dan Mampan sempena WCIT2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.



Wan Amir-Jeffery berkata, sektor halal secara amnya merupakan industri yang besar serta mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Iklan

Menurutnya, sehubungan itu pembangunan taman industri halal di seluruh negara termasuk di Perak disaran untuk mengetengahkan kekuatan tempatan.

Jelas beliau, selain dalam penghasilan produk, ia juga harus meliputi penyelidikan dan pembangunan, pengkomersilan, serta pembangunan industri dan modal insan.

Dalam perkembangan berkaitan, kesedaran umat Islam terhadap kepentingan memperoleh ubat-ubatan dan produk suplemen yang berstatus halal di pasaran masih rendah.

Justeru pemain industri perubatan halal harus tampil dalam meningkatkan kesedaran itu bukan sahaja kepada umat tempatan, malah di antarabangsa.