Wanita ditahan pecah masuk pejabat, curi pendingin hawa

Iklan
Seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah pejabat.

AMPANG - Seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah pejabat di Taman Ukay Perdana, di sini, pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang lelaki telah pergi ke pejabat miliknya untuk mengambil surat dan melihat keadaan di pejabat pada jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

"Semasa pengadu sampai di pejabat dia mendapati pintu grill telah dipotong dan kunci pada tombol pintu kayu telah diumpil.

"Pengadu masuk ke dalam pejabat dan buat pemeriksaan, sebelum mendapati satu unit pendingin hawa bersama empat paip tembaga serta beberapa wayar elektrik telah hilang dicuri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mohd Azam berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian, polis berjaya mengesan empat cap jari pada penutup pendingin hawa di dalam premis tersebut.

"Kita memberkas seorang wanita warga tempatan berusia 35 tahun di sebuah pangsapuri, di sini, berdasarkan cap jari positif di lokasi kejadian kes pecah masuk pejabat, pada jam 5 petang, pada Sabtu," katanya.

Iklan

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati wanita itu mempunyai lima rekod lampau tidak dikehendaki melibatkan kes jenayah dan narkotik.

"Hasil saringan air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah. Wanita itu direman selama tujuh hari bermula Ahad hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.