Karnival Kaligrafi Dunia pamer tulisan berusia 100 tahun

Iklan
Christina (empat dari kiri) melancarkan Karnival Kaligrafi Dunia 2024 yang bakal berlangsung di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada 1 hingga 10 November ini. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Lebih 500 tulisan kaligrafi berusia 40 hingga 100 tahun dipamerkan pada Karnival Kaligrafi Dunia 2024 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di sini.

Program anjuran Gabungan Persatuan Kaligrafi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya itu bakal mempamerkan seni kaligrafi daripada 48 buah negara bermula 1 hingga 10 November ini.

Iklan
Iklan

Presidennya, Ng Swee Kheng berkata, objektif penganjuran ini adalah untuk membantu mempopularkan semula dalam pada masa yang sama memulihara seni kaligrafi ini dari terus hilang ditelan zaman.

Tetamu kehormat yang hadir memegang hasil tulisan kaligrafi sempena Karnival Kaligrafi Dunia 2024 yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Karnival yang julung kali diadakan bakal menarik kehadiran lebih 100,000 pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara,” katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Kraf di sini pada Selasa.

Iklan

Terdahulu Majlis pelancaran karnival berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan Antarabangsa Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dr Christina Yeo Ken Yin.

Jelas Swee Kheng, karnival ini bukan setakat mengangkat tulisan kaligrafi Cina malahan ianya juga turut mempamerkan gaya kaligrafi tulisan jawi.

Iklan

"Ini merupakan salah satu daripada usaha kami untuk mengangkat keunikan seni dan budaya masyarakat dan kaum di Malaysia dengan konsep pada bingkai pameran ini yang turut mengenengahkan elemen batik dan juga songket,” katanya.

Tambahnya lagi, karnival ini turut menjadi simbolik hubungan diplomatik antara Malaysia dan China

Swee Kheng (kanan) melakukan demontrasi menulis kaligrafi disaksikan oleh Christina (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Karnival Kaligrafi Dunia Kuala Lumpur 2024 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Bagi meraikannya, Malaysia dan China akan mengadakan pameran pertukaran kaligrafi kontemporari terbaik simbolik kepada persahabatan yang terjalin sejak sekian lama,” katanya.

Selain pameran, turut diadakan seminar sarjana kaligrafi yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh terkenal dunia kaligrafi.

"Malah kita turut mengumpulkan pakar-pakar menerusi seminar pendidikan kaligrafi dari dalam dan luar negara bagi membincangkan isu dan cabaran serta memupuk minat generasi seterusnya dalam bidang ini,” ujarnya.

Swee Kheng berkata, turut diadakan pada karnival itu bengkel kraftangan, pasar seni kreatif serta bazar makanan untuk usahawan tempatan memperkenalkan produk keluaran mereka yang mencerminkan gaya hidup dan dan budaya masyarakat di Malaysia.