Pasangan kekasih edar dadah diberkas

Iklan
Antara dadah yang dirampas pihak polis.

KAJANG - Polis memberkas sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM142,500 dalam serbuan di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menahan seorang wanita warga asing serta seorang lelaki tempatan berusia 41 dan 32 tahun, pada jam 4 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan pihak polis telah berjaya merampas serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat 2,583.0 gram dan serbuk berwarna hijau, ungu dan kelabu disyaki dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 640.0 gram," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Naazron berkata, hasil ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Iklan

"Semakan lanjut, mendapati salah suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit dengan kes dadah," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah dadah di daerah ini boleh menghubungi Polis Daerah Kajang di talian 03-89114242 sambungan 8733," katanya.