Perenang Olimpik Brazil dihantar pulang selepas lawat Menara Eiffel

Iklan
Seorang perenang Brazil dihantar pulang dari Sukan Olimpik Paris selepas melawat Menara Eiffel tanpa kebenaran. Foto AFP

SEORANG perenang Brazil dihantar pulang dari Sukan Olimpik Paris selepas melawat Menara Eiffel tanpa kebenaran dengan menyusup keluar dari perkampungan atlet, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jawatankuasa Olimpik Brazil (COB) berkata, Ana Vieira meninggalkan perkampungan itu bersama rakan perenang, Gabriel Santos tanpa kebenaran pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Perjalanan itu dilaporkan diketahui oleh pegawai kerana mereka memuat naik gambar di media sosial.

Santos menerima amaran manakala Vieira disingkirkan daripada pasukan kerana bertindak 'secara tidak menghormati dan agresif' apabila ditegur mengenai kesalahannya.

Iklan
Iklan

"Kami tidak berada di sini untuk berseronok atau bercuti. Kami berada di sini untuk bekerja untuk Brazil, bagi lebih 200 juta pembayar cukai yang bekerja untuk kami," kata ketua renang Gustavo Otsuka seperti yang dipetik media Brazil. - Bernama-dpa