Lepas ini boleh jemput syarikat judi pula ke, soal Dr Akmal

Iklan
Dr Muhamad Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook susulan kenyataannya berhubung isu konsert amal pendidikan yang membabitkan sumbangan serta tajaan sebuah syarikat minuman keras baru-baru ini.

Dr Muhamad Akmal menerusi siaran di Facebooknya turut mempersoalkan adakah kenyataan Anthony selepas ini adalah membenarkan syarikat judi untuk terlibat dalam penganjuran acara di sekolah.

Iklan
Iklan

"Lepas ini boleh jemput syarikat judi pula ke buat program dalam sekolah?

"Tidak cukup dengan sumbangan derma, hari ini hendak benarkan syarikat arak buat program dalam sekolah pula?

Iklan

"Tahniah lah Menteri Pengangkutan yang memangku Menteri Pendidikan. Bersatulah wahai saudara seagama dan sebangsaku,” katanya pada Selasa.

Pada 22 Julai, DAP berharap isu konsert amal pendidikan yang membabitkan sumbangan serta tajaan sebuah syarikat minuman keras tidak dipolemikkan kerana perkara itu merupakan status quo dan sudah lama dipraktikkan di sekolah vernakular.

Iklan

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perkara itu dibenarkan untuk sekolah vernakular, namun perlu memastikan tajaan tidak melibatkan pelajar beragama Islam.

Baru-baru ini kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan bagi membina dewan sekolah yang didirikan sejak 30 tahun lepas itu dikatakan turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.

KPM dalam kenyataan sebelum ini memberitahu pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang melakukan siasatan lanjut, selain turut mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.