Khalid yakin isu sempadan Kuala Lumpur-Selangor selesai tahun ini

Iklan
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media khas sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Kementeriannya hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan optimis isu persempadanan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dapat diselesaikan tahun ini.

Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor akan bekerjasama bagi memuktamadkan 18 kawasan sempadan yang sehingga kini belum diselesaikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara tersebut perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan masalah terutama pertindihan kuasa antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam isu tertentu.

"Cadangan telah diserahkan Selangor dan melihat kepada keadaan semasa potensi untuk mencapai kata sepakat itu jelas. Kita harap persoalan persempadanan negeri ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Iklan

"Jika selesai, ia akan menyelesaikan masalah seperti pembayaran seperti penyelenggaraan jalan, parit dan pembayaran cukai pintu.

"Ada jalan raya yang masih tidak diselenggarakan dengan baik diselenggara kerana PBT keliru mengenai bidang kuasa mereka," katanya pada Sesi Temu Bual Khas Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di sini hari ini.

Iklan