BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
Srettha berkata, beliau akan bertemu dengan agensi keselamatan yang berkenaan pada Rabu (31 Julai) untuk membuat persediaan bagi pertemuan dengan Anwar.
"Kami akan bertemu Perdana Menteri Malaysia untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan pada 3 Ogos di wilayah sempadan selatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Rumah Kerajaan di sini pada Selasa.
Srettha berkata, Menteri Dalam Negeri dan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand akan turut serta dalam delegasi semasa lawatannya ke wilayah selatan pada Sabtu ini.
Terdahulu, di Putrajaya, Anwar berkata, beliau akan bertemu Srettha di Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan keselamatan sempadan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di Semenanjung utara dan selatan Thailand pada 3 Ogos.
Ini adalah lawatan kerja kedua kedua-dua pemimpin ke wilayah sempadan.
Pada 27 November tahun lepas, Srettha dan Anwar mengadakan lawatan kerja ke Sadao, Songkhla, di selatan Thailand untuk membincangkan kerjasama dua hala. Lawatan itu, yang diadakan atas jemputan Srettha, antara lain, bertujuan untuk meninjau kemajuan projek penjajaran jalan yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.
Kedua-dua perdana menteri telah bertemu sekurang-kurangnya enam kali sejak Srettha mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 September.
Pertemuan pertama kedua-dua pemimpin adalah di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78. Pertemuan terbaru adalah pada Mei tahun ini, apabila kedua-dua perdana menteri bertemu di Jepun di luar sesi Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei). - Bernama