Ben Amir berjaya realisasi misi

Iklan
Ben Amir mengibarkan Jalur Gemilang selepas berjaya menawan puncak EBC hari ini.

[DIKEMAS KINI] IMPIAN pelakon Ben Amir untuk menawan Everest Base Camp (EBC) akhirnya menjadi kenyataan hari ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun media sosial miliknya, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin tiba di EBC pada hari kesembilan pendakiannya.

Iklan
Iklan
Ben memaklumkan misinya tidak berakhir di puncak Everest Based Camp.

Berkongsi perasaannya, bintang utama Bawah Payung Awan itu mengakui mendaki ke ketinggian 5,364 meter itu merupakan pengalaman yang berharga dan menyentuh hatinya.

Bagaimanapun ujar selebriti berusia 32 tahun itu, misinya tidak berakhir di EBC, sebaliknya dia akan meneruskan perjalanan menerusi Chola Pass Gokyo.

Iklan
Ben Amir

"Doakan saya berjaya! Perjalanan saya masih jauh," ujarnya.

Terdahulu, Ben turut berkongsi beberapa pengalaman sepanjang misinya menawan EBC bersama beberapa orang rakan.

Iklan

Menariknya, pengembaraan ini berlaku secara spontan dan Ben turut merakamkan setiap pengalaman yang dikutip untuk dikongsikan bersama peminatnya.