Doa Qunut Nazilah bukan alat politik
Iklan
AWANG setuju dengan Tuk Seri PMX, doa Qunut Nazilah jangan dibuat main. Jangan jadikannya alat politik. Jangan sebarangan gunakan doa itu untuk lepas geram pada lawan.
Bagi orang yang tak faham, doa itu lain daripada yang lain. Jadi jikalau mana-mana pihak tak setuju dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, bukan doa itu yang patut dibacakan. Apabila Dewan Rakyat gantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal ahli Parlimen pembangkang membacakan doa itu. Khabarnya diketuai oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.