Petani harap pembenihan awan berhasil

Iklan
Paras air di Empangan Muda, Sik terus menyusut dan hanya tinggal 8.44 peratus pada Selasa akibat cuaca panas melampau.

ALOR SETAR - Petani berharap Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan di Kedah bermula Isnin berhasil untuk meningkatkan paras air di empangan dan membolehkan mereka meneruskan penanaman padi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, paras air terutamanya di Empangan Muda dan Empangan Pedu didapati susut berdasarkan tinjauannya beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

"Sekiranya, tiada hujan dalam tempoh terdekat ini (maka) dikhuatiri akan memberi masalah kepada petani memandangkan paras air sekitar 40 peratus (di empangan) sekarang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, pembenihan awan yang dilakukan berhasil untuk meningkatkan air sekali gus membolehkan jadual penanaman padi tidak terganggu.

Iklan
Iklan

Jelasnya, sekiranya hujan tidak turun antara Ogos dan September, petani mungkin terpaksa memberhentikan aktiviti penanaman padi.