Kebakaran tapak sampah, 60 peratus berjaya dipadam
Iklan
Keadaan tapak pelupusan sampah yang terbakar di Semeling, Bedong, Kedah.
SUNGAI PETANI - Kira-kira 60 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah Semeling berjaya dipadamkan setelah operasi memadam kebakaran memasuki hari kesembilan, hari ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Industri dan Pelaburan, Tan Kok Yew berkata, kawasan terjejas meliputi Zon A dikesan terbakar bermula 20 Januari lalu berjaya dipadam sepenuhnya, manakala Zon C dan D yang dikesan terbakar pada 24 Januari, dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mengikut laporan terkini, Zon C1 yang terbakar meliputi kira-kira 1 hektar, berjaya dipadam sehingga 45 peratus, Zon C2 meliputi kebakaran kira-kira 8 hektar, berjaya dipadam sehingga 30 peratus dan Zon D masih dalam kerja-kerja pemadaman.
"Setakat ini, tiada laporan kesihatan membabitkan penduduk yang mendapatkan rawatan di klinik namun pemantauan sentiasa dijalankan bagi memastikan tahap kesihatan awam terjamin,"katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kebakaran, hari ini.
Iklan
Menurutnya, bacaan kualiti udara turut dipantau Jabatan Alam Sekitar selain mengesan kehadiran asap tebal ke kawasan perumahan yang kemungkinan berpunca daripada faktor angin.
Tinjauan dilakukan ke lokasi kejadian hari ini.
Katanya, kejadian itu turut memberi kesan terhadap operasi kutipan sampah penduduk sekitar kawasan berkenaan memandangkan tiada lagi longgokan sampah dibenarkan dibuang ke kawasan kebakaran buat masa ini.
Iklan
Sementara itu, Exco Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Simon Ooi Tze Min berkata, bacaan kualiti udara yang diambil di stesen mobil berdekatan Taman Universiti, iaitu paling hampir dengan tapak pelupusan sampah ialah 222 iaitu dikategorikan sebagai tidak sihat, ketika bacaan diambil pada jam 9 pagi tadi.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar, memakai topeng mulut dan hidung, serta tutup tingkap dan minum banyak air.
"Bacaan kualiti udara sekitar bandar Sungai Petani pula dikategorikan tahap sederhana. Kita juga meminta penduduk berjaga-jaga memandangkan pada sebelah malam dan awal pagi dijangka lebih banyak asap berbau disebabkan suhu yang rendah,"katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bakar tapak pelupusan sampah ditahan
Tapak Pelupusan Sampah Semeling masih terbakar
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kebakaran sehingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mencadangkan agar kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan larangan bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Pasukan bomba melakukan operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Semeling.
Menurutnya, seorang penagih dadah telah direman kerana disyaki melakukan pembakaran di kawasan pelupusan sampah dengan niat mendapatkan tembaga dan barangan bernilai sebagai punca pendapatan.
"Sekiranya ia diwartakan sebagai kawasan larangan, kawasan ini lebih mudah untuk dikawal,"katanya.
Terdahulu, pasukan bomba telah melakukan operasi memadam kebakaran menggunakan pelbagai kaedah termasuk bantuan helikopter dengan melepaskan bom air bagi membantu kerja-kerja pemadaman yang telah memasuki hari ke-sembilan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam